Sunday 11 November 2012

PR-KESATUAN


7) Kesatuan
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang  tenteram, teratur dan selesa
Kesatuan dicapai dalam gubahan topeng muka.

Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

PR-KEPELBAGAIAN


6) Kepelbagaian
  • Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
Kepelbagaianwarna, garisan, jalinan

PR-RITMA & PERGERAKAN


5) Ritma dan Pergerakan
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb.
  • Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan.
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb.

Corak pualaman yang mempunyai pergerakan hasil dari teknik penghasilannya
Kapal terbang ini kelihatan terbang dengan laju menunjukkan pergerakan kerana penggunaan
garisan-garisan serong

PR-KONTRA


2) Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang
  bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
  gubahan.
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian,
  memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
  kesan pergerakan.
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan
  unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan




Hasil karya mempunyai kontra dari segi warna

PR-IMBANGAN


4) Imbangan

- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari   
  segi berat, tarikan dan tumpuan

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

1- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri
    dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di
    tengah-tengah pembahagian tersebut)

2- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di  
     kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang
     menimbulkan kesan keseimbangan

Corak yang mempunyai imbangan tidak simetri

Labu Sayong yang mempunyai imbangan simetri





Corak yang mempunyai imbangan simetri
Corak yang mempunyai imbangan tidak simetri

Sunday 4 November 2012

PR-PENEGASAN


3) Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur     yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan.

- Fungsi penegasan ialah untuk
menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan.


 BAHASA JIWA BANGSA

Contoh bagaimana hendak menegaskan salah satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih menonjol dan menjadi unsur tumpuan. Penegasan dari segi warna.

PR-HARMONI


1) Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud
  aman dan damai

- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan
  dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang

- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna

- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang
  bercanggah


 Harmoniperulangan motif dan warna

USV-RUANG

6) Ruang
  • Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
  • Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
  • Ruang terbahagi kepada dua iaitu :
      1. Ruang nyata
      2. Ruang ilusi

 
Ruang Nyata

-Dikenali juga sebagai ruang konkrit.

-Ruang konkrit wujud pada segala bentuk 3 dimensi.

 
Ruang Ilusi

- Dikenali juga sebgai ruang tampak.

 

Saturday 3 November 2012

USV-BENTUK


5) Bentuk
  • Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi.
  • Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
  •  Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :
      
       1. Bentuk konkrit

       2. Bentuk ilusi
 
 
1.Bentuk konkrit
 
 Objek maujud dapat dilihat dan disentuh
 (arca,tembikar)

 
2. Bentuk ilusi
 
     Objek yang boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasa oleh   
     deria sentuh.
(gambar, lukisan, dan catan)



Thursday 1 November 2012

USV-RUPA


4) Rupa
  • Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalah kosong dan ini menjadikan rupa bersifat dua dimensi.

  • Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik
      permulaannya.

  • Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.

  • Rupa terbahagi kepada dua iaitu :
    1.    Rupa geometri
    2.    Rupa organik



    
    
    Rupa Geometri
     
           Rupa Organik

Rupa Organik

Rupa Positif           dan           Rupa Negatif